Thursday, November 5, 2009

MUSIM HUJAN.

Evening raining at Gunung Lang (HDR)



Sebenarnya dah lama aku tak datang kesini, petang semalam tetiba teringat nak singgah jap bersama teman setia setakat ni.. 40D aku, waktu tu langit sarat mengandungkan awan dan matahari pun tak kelihatan, menambah lagi extream mendungnya. Sesampainya aku kat sini seperti dijanjikan tanda-tanda pada langit tadi… hujan mencurah-curah bercampur tiupan angin dari arah tasek menerpa ke jeti, kelihatan si pelepak yang asyik melepak bingkas beredar apa tidaknya angin bercampur air..(tempias le tu) nak dirakamkan detik-detik itu pun nampak kurang sopan juga pun, apa pun yang penting keselamatan kamera nihh..
Pada yang dah biasa sampai kat sini faham beno le bila nampak photo aku ni tapi pada yang tak pernah sampai dan tak tau hal tempat ni elok juge le datang ke Gunung lang ni.. apa pun jangan lupa call Teman dulu, bukan pe boleh le kita bekawan. Kalu nak keseberang sana lagi baik tambang naik bot tu tambang Cuma RM3 je pegi balik.. Jangan tak singgah:- Gunung lang


free counters






No comments:

Post a Comment