Tuesday, November 10, 2009

LANGIT

Tanpa kita sedari dalam hari-hari yang kita lalui sebenarnya ‘mood hari’ bergantung pada ‘wajah langit’(bagi yang mengamati). Contoh kalau hari tu mendung, kita tentu tak seceria hari yang cerah dengan awan membiru apatah lagi bila hujan turun sepanjang hari.. aduh.. tentu banyak aktiviti kita terganggu.
Dalam setahun dua akhir ni aku cuba menjadi “pengamati langit”(sbb nak rakam le) kenyataanya senja hari ni tak sama senja semalam, pagi hari ni tak sama pagi semalam… begitulah hari-hari yang kita lalui benar-benar dibumbungi oleh wajah awan samaada ianya menceriakan atau sebaliknya..
Bertemankan 40D… aku cuba menyelami paparan wajah awan ni, mungkin tak sehebat Documentary photographer namun disana aku dapat merasai bahawa ada Pentadbir dan Pengurus Yang Maha Hebat dalam fenomena wajah-wajah awan ni..
Bagi yang sudi untuk melihat dari lensa aku tentang pengamatan tadi disini paparan
Wajah-Wajah Langit




Senja...
Ini contoh bagaimana sesuatu photo HDR diproses.. bermula dari Original shot from 3 exposures RAW tiga keping photo di kiri ni, lalu digabungkan dalam photomatix(lalui beberapa step) terhasil seperti di bawah tu..
sesiapa yang behajat boleh hubungi aku terus.

Sunday, November 8, 2009

MAKRO VS MACRO...

Lucky Morning!

Ginilah rupa embun pagi yang sempat dicapture tepi rumah aku..waktu yang sesuai memang ditunggu-tunggu, sinar mentari tu!
Antara lain:-Koleksi Macro ku

One more dragon..(Damselfly)

Saturday, November 7, 2009

HDR.(High dynamic range)

free counters

Old + New..
Sedikit tentang riwayat HDR aku ni, sebenarnya aku habis hati minat sangat pada photo HDR(High Dynamic Range) ni, seingat aku masa aku belum berkenalan dengan dslr lagi.. bila nampak je photo hdr ni hati mula iri... datang soalan "macam mana nak buat gambar boleh jadi gini"
Bila dah main shutter dslr aku mula cari-cari teknik hdr ni, hingga pada satu keluaran Majalah Digital Camera yang memaparkan teknik-teknik menghasilkan photo hdr aku mula jadi lemah.. bukan tak mampu nak buat tapi yang jadi masalahnya aku tak pandai guna photoshop... namun minat aku masih tak padam walau malap.. dipendekan kisah aku bertemu(geng flickr online, belum pernah jumpa) inilah rakan yang bertanggungjawab atas taunya aku menghasilkan photo HDR ni walau tak sehebat pro, ini orangnya Sifu Fauzi Ahmad Ghazali , terima kasih dan syukur tak terhingga sebenarnya, dengan mengunakan online skype Sifu Fauzi(Baik orangnye) send kat aku photomatic soafwear... kata Sifu Fauzi ni bila aku tanya soalan "mampu ke sekadar guna sofwear ni aku boleh hasilkan photo HDR" jawabnya pendek (online skype)"saya pun boleh"...
On time tu juge aku terus edit satu gambar n:-
HDR Sulung... dengan bangganya aku terus upload flickr tapi aku cuba-cuba dan cuba guna soafwear tu sambil tu jelajah2 tengok photo hdr kengkawan lain fuhh..
terasa benar jauh ketinggalan dan nyesal upload aku punya first hdr tu.. Maluu!!!
Apa pun pengalaman adalah guru paling akrab dan terbaik… sejak hari tu aku non stop (try and error le tu)edit hdr ni dan sekarang aku dah ada Koleksi HDR Terpilih...kalu nak kisah lagi memang panjang nih..

Ini antara di antara koleksi HDR aku boleh kata ada rasa puas sikit le walau nak di banggakan nanti tak sampai tahap boleh di banggakan..
Jom singgah:-

Thursday, November 5, 2009

MUSIM HUJAN.

Evening raining at Gunung Lang (HDR)



Sebenarnya dah lama aku tak datang kesini, petang semalam tetiba teringat nak singgah jap bersama teman setia setakat ni.. 40D aku, waktu tu langit sarat mengandungkan awan dan matahari pun tak kelihatan, menambah lagi extream mendungnya. Sesampainya aku kat sini seperti dijanjikan tanda-tanda pada langit tadi… hujan mencurah-curah bercampur tiupan angin dari arah tasek menerpa ke jeti, kelihatan si pelepak yang asyik melepak bingkas beredar apa tidaknya angin bercampur air..(tempias le tu) nak dirakamkan detik-detik itu pun nampak kurang sopan juga pun, apa pun yang penting keselamatan kamera nihh..
Pada yang dah biasa sampai kat sini faham beno le bila nampak photo aku ni tapi pada yang tak pernah sampai dan tak tau hal tempat ni elok juge le datang ke Gunung lang ni.. apa pun jangan lupa call Teman dulu, bukan pe boleh le kita bekawan. Kalu nak keseberang sana lagi baik tambang naik bot tu tambang Cuma RM3 je pegi balik.. Jangan tak singgah:- Gunung lang

Tuesday, November 3, 2009

TERUJA!

Deep slumber...
Sebenarnya aku sendiri pun kurang percaya, bahawa hasil photo ini yang di ambil dalam kawasan Masjid di Lenggong Perak ni seperti yang dapat kita lihat disini.. tiga bulan lagi genab dua tahun umur photo ni, waktu tu aku baru nak belajar menekan shutter dslr, kalau nak di kategorikan bertuah pun boleh juge, pertama:- lens yang aku guna cuma kid lens 18-55.. kedua:- rama-rama ni betul jinak aku guna auto dan set pada macro, itu sebab titik focus tak dapat nak diletak dengan tepat.. memang lens aku cukup rapat dengan rerama nih.. apa pu sudah jodoh, tu ada yang bertanya adakah aku mengunakan sebarang filter macro?. memang tak percaya!!
Apa pun aku cukup teruja, kerana ini hasil aku time baru nak belajar.... :-)
:-Jom kita singgah kat Flickr ni- MOST POPULAR!

Monday, November 2, 2009

KAPSUL HARAM.

Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal
Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.


Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

CANAI FROZEN

Ini adalah label bungkusan untuk produk roti canai segera Nuhaa. Ajen diperlukan. berminat sila hubungi saya.

Satu lagi produk Nuhaa... ini pun antara permintaa tertinggi dikalangan mereka yang tidak cukup masa nak bersarapan di Restoran atau gerai, mudah... oder je sebungkus atau banyak lagi baik! sebab inya boleh disimpan dalam Freezer, mudah dibawa ke sebarang majlis, aktiviti atau perniagaan, waktu perlu... keluarkan dan terus goreng atas kuali. Sekiranya berminat nak jadi ajen jualan pun lagi bagus... amat dialu-alukan! boleh runding.

"CUBA SATU"




...idea asal dan R&D adalah dari Isteri yang menyelongkar bertanya dari pakar dan otai resepi si Soto ni, so bila nampak permintaan menggalakan si photografi ni tak diam.. ada idea lain pulak... memang cakap pasal rasa fuhh!! marvelus! garenti puas bagi penggemar cita rasa sup.. soto le! rupa pun ada, sekali pandang mengiurkan!
Boleh kalu nak "cuba satu"!

Sunday, November 1, 2009

PROJEK 2010 II

Dari sudut belakang mendepani Masjid Muhammadiyah Tasek Jaya.


Dari sisi kiri..

Pandangan dari sisi kanan...


Pandangan dari sudut hadapan...

Ketiga-tiga photo dibawah adalah hasil dari Bunting yang di gantung dalam gerai ku..
soheh nampak mengiurkan!


PROJEK 2010



Ini hasil karya cetusan bagi promo bisnes gerai makan aku, segala photo dan reka cipta yang cuba nak digambarkan Alhamdulillah nampak disini..
InsyaAllah ini merupakan projek jangka panjang yang sudah bermula sekarang, tolong do'a-do'akan moga tergolong dalam amal soleh dan mendatangkan hasil yang diberkati..
Kepada sesiapa saudara yang berhajat menempah Banner atau Bunting untuk sebarang Majlis, kera'ian, promosi atau iklan perniagaan boleh terus hubungi saya di no hp yang tertera di sebelah kanan atas tu.. Harga bergantung pada saiz yang dihajati, banner atau bunting dan boleh dirunding.