Wednesday, April 14, 2010

AKU PUN SUSAH NAK PERCAYA....

free counters
...Indah dan barokah..

Senja at Ipoh.......
Hah.. apa macam baca tajuk mesti teruja giler(kata aku je tu) sebenarnya ada kisah yang tersirat semasa kami(lebih dari 2 orang)buat liputan pada senja tu.. nak kata seram pun boleh.. nak kata tak berilmu pun boleh... dan yang pastinya jika dikisahkan semula aku sendiri pun susah nak percaya..
Pagi tu Kami keluar awal perjalanan bermula setelah selesai sarapan pagi di kedai mamak. Destinasi ke rumah pengantin untuk sesi Wedding Photografi, aku cuma as a backup je ari tu.
Dipendekkan kisah shotting berjalan lancar dan kami bertolak balik lebih kurang jam 3:30 petang, dalam separuh perjalan balik hari hampir senja(belum senja) matahari masih bulat dekat nak tenggelam sekeliling kawasan lombong tinggal. Sebenarnya aku pantang nampak matahari segini apatahlagi reflex pada air tu lagi ler..
Aku penumpang depan memanjang-manjang leher mencari jalan nak belok kiri ke kanan ke kawasan lombng tu.. opps ada jalan kiri terus pemandu yang empunya job wedding membelok, tetiba kami diserang empat ke lima ekor anjing dengan salakan yang besahutan anjing le.. tak pe dalam kereta kata pemandu, biar le, anjing-anjing tu terus mengejar kereta kami apataknya mana boleh laju jalan tanah berumput, rupanya kawasan tu penempatan cina dengan rumah kiri kanan muat sebuah kereta, kami mencelah dan membelah laman rumah ala kampungan gitu untuk ke tepi lombong, nyeramkan pun ada rumah dan salakan anjing yang membigit telinga tapi tuan rumah tak kelihatan walaupun ada rumah yang lampunya terpasang, kami terus hingga jalan tu dah tah berumah kiri kananya dan anjing pun tak perasan bilan berhenti nyalak dan dah tak mengejar lagi.. hah.. dah sampai.. cantik tempat pot kami senja tu.
Apalagi keluarkan semua alat siap tripot, antara photo yang awal aku snap ialah gambo yang kiri ni:
Sah... memang kami bertiga senja tu ditepi lombang, shotting berlarutan hingga selepas azan magrib, aku kurang pasti seingat aku kami ada dengar azan magrib mungkin ada rasanya tapi sayub bunyinya agak jauh kut.

Dipendekan lagi kisah kami pun terus balik ke rumah masing-masing dan keesokan malam aku ke rumah member tadi untuk urusan edit dan selesaikan seaneka kerja gambo tu, ada sedikit ketidak selesa kelihatan member aku malam tu resah air mukanya dan asyik menjawab sms dan call, aku seperti menganggu pulak..
"Jom tolong aku hanto anak jin tu jap.." tetiba member ni bersuara agak pelik.. keamana? tanya aku, "Jom lee" jawab member aku tegas bunyinya..kami pun turun dari tingkat atas rumah nuju ke laman, member aku tu laju je kedepan buka kunci mangga pagar..
Dalam samar lampu jalan aku kurang jelas dengan siapa member aku ni bercakap tapi yang aku dapat dengar "jom naik kereta.." tetiba ku dengar jeritan maki hamun anak @#*@#.. dan ntah apa-apa lagi.. oo.. itulah isteri kedua member aku ni, apa yang aku faham tentu gaduh pasal suami ister je.. aku salah rupanya bila ternampak gunting kain yang dipegang si Isteri menghayun kiri kanan kearah suami.. jenuh juga dielak member aku ni, pada mulanya aku buat tak peduli je tapi keadaan makin ganas! member aku bekali-kali memanggil minta aku tolong dia.
Bila aku cuba nak melangkah si isteri dengan tajam memandang dan mengacukan gunting kearah aku sambil berkata "kamu jangan campur"..!!! masa yang sama bulu roma aku meremang dan menyeramkan.. Opp! jelas ini memang Jin.. Man.!! member aku jerit.. nak di pegang isteri orang.. apa pun aku nekad ini bukan manusia kata ku dalm hati.. serentak dengan itu aku menerpa.. ntah jurus apa yang aku guna, kaki si isteri aku sepak dan dia terlentang sepantas kilat aku nampak member aku menangkap tangan isterinya dan merampas gunting.. ah.. selamat aku, tak aku sedar rupanya aku dan diatas dada isterinya sambil tangan menekan leher dan lutut ngam-ngam aku tekan didadanya, kakinya menendang-nendang belakang aku, memang hebat dia nih.. ciss! pantang aku begaduh dengan pompuan ni mengalah tetiba tangan aku rasa melayang ringan je.. pangg...!! tepat ke pipinya sambil aku meludah dan meniup(ada le baca sket tu) kencang kemukanya.. aduh.. kesianya... serentak dia terus lemah terkulai.
baru kusedar suaminya pun hampiri denagn termengah-mengah kesian sambil merangkul leher isteri dan minta aku angkat masuk ke kereta..-




(kena sambung lagi...(panjang rupanya kisah ni)..maaf)








2 comments: